Pages

Wednesday, January 19, 2011

Di mana HATI?


Pernah tak korang terpikir or tertanye dalam diri (ade ke istilah tue?hehe..) "Eh, di mana hati aku skrg ek?" or "eh, aku ni ada hati ke tak?" Haha..aku penah tertanye kat diri sendiri mane pegi hati aku time terputus cintan buta dulu2..hehehe..tapi kalo org yg sibuk bercinta, mesti akan kata "Owh, hatiku telah dicuri oleh si dia dot dot dot!" Tapi tue sebenarnya hiperbola n metafora semata-mata. Bayangkan kulit perut anda dirobek, kemudian hati anda yg sebesar tapak tangan itu direntap dan dibawa lari. Haha..itu baru betul hatimu telah dicuri!

Namun, HATI yang dimaksudkan bukanlah hati sebesar tapak tangan itu. Tetapi hati nurani yang dikurniakan oleh Pencipta alam ini kepada manusia bergelar khalifah bumi. Hati yang sering beralih arah tatkala diri alpa dan leka. Hati yang mesti sentiasa dibajai nur iman dan takwa agar tumbuh subur dan berkembang mekar pada hujungnya...

Sekarang, di mana HATI kita ek? Ish...kat mana nak cari nie..?? huhu..kalau cari dengan mata kasar memang takkan jumpe...

Last week sempat menonton ulangan halaqah bertajuk "Klinik Hati". Ayat yang paling aku ingat ialah penutup bicara oleh pengacara Ustaz Ahmad Shukri - dipetik dari kata-kata Imam Al-Ghazali

“Carilah hatimu di tiga tempat: Sewaktu bangun membaca al-Quran. JIka tidak kau temui, carilah ketika kamu mengerjakan solat. Jika tidak kau temui, carilah ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika tidak kau temui juga, maka berdoalah pada Allah, pinta hati yang baru. Kerana hakikatnya pada ketika itu, kau tidak mempunyai hati.”

* Jadi, marilah sama-sama kita mencari sekeping HATI..^_^

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 Wishing Star. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com