Pages

Thursday, January 21, 2010

Terharu hati ini...

Alhamdulillah...mata yg bengkak dah semakin surut. 3 hari berturut2 terpaksa pakai cermin mata tebal ni. Gara2 contact lens terkoyak. Uwaa...dugaan..

Thanks to my dear frenz yg amik berat ttg diri ni..terharu gler!

N yg plg terharu bile akak master yg berlainan bangsa pun turut faham keadaan diri ni. Huhu..ingatkan kne marah psl antr result test lambat. Rupe2nye siap soh aku rest lg..biar cepat sembuh. hehe..thanks:)

Actually dah byk jam aku bazirkan dengan tido..coz pening pakai cermin mata ni. Sabar je..nk wat cmne, saah sendiri. Padan muke.haha..

Ok. time to sleep now. Hope surut bengkak mata ni sok insyaallah..nk g kls ni..huhu..gudnite=D

Wednesday, January 20, 2010

Hanya Kerana Sebutir Kurma...

Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke Masjidil Aqsa.

Sebagai bekalan sepanjang perjalanan, dia membeli 1 kg kurma daripada seorang pedagang tua yang berniaga berdekatan Masjidil Haram.

Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergolek di tepi timbangan. Menyangka kurma itu sebahagian dari kurma yang dibeli, Ibrahim memungut dan memakannya.

Setelah itu dia terus berangkat menuju Al Aqsa. 4 Bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa.
Seperti biasa, dia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra. Dia solat dan berdoa khusyuk sekali. Tiba tiba dia terdengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya.


"Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara' yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT," kata malaikat yang satu.

"Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak karena 4 bulan yg lalu dia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua berdekatan Masjidil haram," jawab
malaikat yang satu lagi.

Ibrahim bin adham terkejut sekali, dia terkilan, kerana selama 4 bulan ini ibadahnya, solatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya.

"Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar.

Dia terus berkemas untuk berangkat kembali ke Mekkah menemui pedagang tua penjual kurma. Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya.

Sebaik sahaja sampai di Mekkah dia terus menuju ke tempat penjual kurma itu, tetapi dia tidak menemukan pedagang tua itu melainkan seorang anak muda. "4 bulan yang lalu saya membeli kurma disini dari seorang pedagang tua.

Di mana dia sekarang ?" tanya Ibrahim.

"Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak muda itu.

"Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan ?".
Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak muda itu mendengar dengan penuh minat.

"Nah, begitulah" kata ibrahim setelah bercerita,

"Engkau sebagai ahli waris orang tua itu, maukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur kumakan tanpa izinnya?".

"Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang. Saya tidak berani mewakilkan mereka kerana mereka mempunyai hak waris sama dengan saya."

"Dimana alamat saudara-saudaramu ? biar saya temui mereka satu persatu."

Setelah menerima alamat, ibrahim bin adham pergi menemui setiap orang anak pedagang tua itu. Biar berjauhan, akhirnya selesai juga. Semua setuju menghalalkan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakan oleh ibrahim.

4 bulan kemudian, Ibrahim bin adham sudah berada dibawah kubah Sakhra.

Tiba tiba dia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi bercakap cakap.

"Itulah Ibrahim bin Adham yang doanya tertolak gara gara makan sebutir kurma milik orang lain."

"O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, dia telah mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu. Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain.

Sekarang ia sudah bebas."

~Oleh sebab itu berhati-hatilah dgn makanan yg masuk ke tubuh kita. Sudah halal-kah makanan itu? Lebih baik tinggalkan bila ragu-ragu...~


Pada hadits yang lain Nabi bersabda; ‘Siapa yang merampas hak orang Islam dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan mengharamkannya masuk syurga.. Seorang laki-laki bertanya, walaupun sedikit ya Rasulullah? Nabi menjawab, walaupun sebatang kayu sugi.’ (Riwayat Muslim).

Tuesday, January 19, 2010

KIAMAT=JUMAAT

Huhu..got a BIG message from a friend..about kiamat n hari jumaat. Sedar x kite;

27-11-2009 Jumaat Hari Raya AidilAdha,

18-12-2009 Jumaat Tahun Baru Hijrah,

25-12-2009 Jumaat Sambutan Krismas,

01-01-2010 Jumaat Tahun Baru Masihi,

26-02-2010 Jumaat Sambutan Maulud NABI SAW,

02-04-2010 Jumaat Matinya Yesus Kristus,

28-06-2010 Jumaat Hari Wesak,

05-11-2010 Jumaat Sambutan Depavali,

10-09-2010 Jumaat Hari Raya AidilFitri,

01-01-2010 Jumaat Gerhana Bulan,

15-01-2010 Jumaat Gerhana Matahari;

So, kepada semua kenalanku..sepertimana yang kita tahu melalui sabda Nabi MUHAMMAD SAW bahawa hari kiamat juga akan berlaku pada hari JUMAAT...sama2lah kita berdoa,beristigfar memohon keampunan dan keredhoan daripada ALLAH SWT..
~renungan bersama..~

Monday, January 18, 2010

~Pearl of Heart~


KETIKA ORANG LAIN BERGANTUNG PADA DUNIA, GANTUNGLAH DIRIMU HANYA PADA ALLAH.

KETIKA ORANG LAIN MERASA GEMBIRA DENGAN DUNIA, JADILAH DIRIMU GEMBIRA KERANA ALLAH.

KETIKA ORANG LAIN MERASA BAHAGIA KERANA KEKASIH MEREKA, JADILAH DIRIMU MERASA BAHAGIA DENGAN ALLAH,

DAN KETIKA ORANG-ORANG PERGI MENGHADAP RAJA DAN PEMBESAR-PEMBESAR UNTUK MENGAIS HARTA DAN MENCINTAI MEREKA, JADILAH DIRIMU BETUL-BETUL MENCINTAI ALLAH"

- IBNUL QAYYIM-

Tuesday, January 12, 2010

Gembirakan hati untuk gembirakan orang lain..=)

Sejak belakangan ni hati runsing je.Mcm2 hal berlaku. huhu...rse cm batu besar melekat kt belakang aku ni...:((

By d way, 2day receive an email yg sedikit sebanyak telah memotivate diri nie. Thanks cTiEy=)

.......

“Risau di hati tidak surut-surut. Macam-macam hal perlu difikirkan untuk program kali ini”, luahnya.

Damai. Tiupan angin menyapa pipi. Tenang sekali air tasik serta pohon-pohon sekelilingnya. Namun, hati yang berbicara seakan bergelora.

“Maaf jika saya mengajukan soalan. Mungkin ada manfaatnya buat kerisauan yang melanda”, sahabat disebelah mengajukan.

Dia diam tanda akur. Matanya merenung jauh. Penuh harapan.

Mengapa Sibuk Berprogram?

“Apakah tujuan awak berprogram pada asalnya?” secara lembut sahabat bertanya. Biar jauh dari intonasi `menuduh` niat asalnya salah, melainkan intonasi untuk lebih memahami.

“Program ini satu amanah untuk saya usahakan sebaik mungkin”, jawabnya bersemangat. Semangat yang diusahakan dari kekuatan dalaman. Perkataan amanah itu berat sekali.

“Program juga tempat untuk kita memberi, bukan?” sengaja sahabatnya membawa sudut pandang yang berbeza.

“Melaksanakan amanah sambil memberi. Setuju”, responnya ringkas seperti memberikan isyarat agar sahabatnya mengulas lanjut.

“Hati perlu gembira tatkala memberi. Tidak saya nafikan amanah berat yang dipikul. Ditambah pula cabaran-cabaran berhadapan dengan masalah dan pelbagai peluang dalam melaksanakan program. Namun, semuanya menjadi lebih bermakna dengan hati yang gembira melakukannya”.

“Enjoy mengadakan program?” soalnya mendapatkan kepastian.

“Yeah, enjoy! Islamically anyway. Hati yang gembira akan menghasilkan suasana positif. Mencambah idea, meransang kreativiti. Jauh dari stress“, sahabatnya menambah sambil tersenyum ceria.

“Oh ya, fikir untuk memudahkan, bukan fikir mudah sambil lewa. Selain itu, don`t be perfectionist! Allah sentiasa mengingatkan kita untuk bergantung padaNya yang Maha Sempurna”, sahabatnya memberikan tips mudah yang biasa tetapi sering dilupa.

“Sedarlah saya, terlalu memandang `berat` amanah ini sehingga lupa untuk melakukannya dengan senang hati”, dia menutup bicara.

Hati Gembira Akan Menggembirakan

“Macamana dengan respon adik-adik semasa perasmian pagi tadi?”, soal saya.

“Hambar. Tidak bersemangat dan lansung tidak menunjukkan reaksi teruja”, dia mencebikkan muka. Mungkin yang merasmikan sedikit kecewa.

“Oh begitu”, ringkas saya nyatakan.

Bagi kekal positif, kata-katanya saya dengar sekali lalu sahaja. InsyaAllah, program belum bermula. Masih punya peluang untuk berusaha menghangatkan suasana. Bukan mengejar glamour. Niat supaya mesej program sampai buat yang hadir.

Justeru, semasa berkata-kata di hadapan, saya perlu punya hati yang gembira. Sekalipun gementar dan pelbagai kerisauan di fikiran, perasaan gembira perlu mengatasi segalanya. Gembira untuk memberi sekaligus membawa manusia mengingati padaNya. Hati yang gembira akan menggembirakan.

Samalah juga seperti seorang tukang masak yang menyediakan makanan. Apabila memasak dengan hati yang senang lagi berzikir padaNya, masakan yang dikategorikan `campak-campak` dan cukup simple boleh jadi cukup menyelerakan! Itulah kuasa hati gembira yang mampu menggembirakan. Dengan izin Allah jua.

Samada AJK modul, teknikaliti mahupun fasilitator, berprogramlah dengan hati yang gembira. Tidak perlu excited semacam atau buat-buat mesra. Just be youself. Hal yang buat-buat tidak akan bertahan lama. Hanya sementara dan tidak kekal andai tidak cuba menjadinya betul-betul mesra misalnya.

Ada yang gembira sambil energetic. Ada yang gembira sambil selamba dan sempoi. Ada juga yang gembira dengan wajah tenang ataupun suka tidur. Gembiralah dengan cara tersendiri asalkan Allah sentiasa di hati.

Buat peserta program pula, hadirlah dengan hati yang gembira. Hati gembira akan lapang menerima segala macam input sepanjang program. Selepas para AJK bertungkus lumus memberi, andai hati yang menerima tidak bersedia, sukar.

Moga Program Berterusan Membawa Kebaikan

“Video penutup, silalah tengok”, pelawa seorang junior.

Tersenyum simpul saya menghayatinya. Video yang cukup simple tetapi bermakna. Lebih-lebih lagi saya pernah turut serta pada satu masa dahulu. Kini giliran mereka pula.

Walau apa jua maklum balas yang diterima, samada positif, negatif yang membina sekalipun membunuh, team penganjur wajar menerima ucapan tahniah atas kejayaan menganjurkan untuk terus memberi. Jangan serik, tetapi carilah ruang untuk gembira memberi lagi. Anggaplah ini satu kejayaan peribadi sekalipun mungkin ada yang tidak hargai.

Akhirnya antara kita dengan Tuhan jua untuk menyentuh hati-hati manusia.




















Tuesday, January 5, 2010

Lamakah Kita di Kubur?


Awan sedikit mendung ketika kaki kecil Yani berlari-lari gembira di atas jalanan menyeberangi kawasan untuk ke tanah perkuburan. Baju merahnya yang besar melambai-lambai di tiup angin. Tangan kanannya memegang ais krim sambil sesekali mengangkatnya ke mulut untuk dijamahi. Sementara tangan kirinya digenggam erat oleh ayahnya.


Yani dan ayahnya memasuki kawasan tanah perkuburan menuju ke pusara neneknya. Kemudian mereka duduk di atas tembok nisan yang bercatatan;

Hjh Aisyah Binti Marlia 19-10-1915 : 20-01-1965

"Nak, ini pusara nenekmu. Mari sayang...kita berdoa untuknya"


Yani melihat wajah ayahnya, lalu meniru gaya tangan ayahnya yang diangkat ke atas dan dia ikut memejamkan mata seperti ayahnya. Dia khusyuk mendengar ayahnya berdoa walaupun dia masih belum mampu memahami sepenuhnya setiap baris doa yang dititipkan oleh ayahnya itu.

"Ayah, nenek meninggal semasa umur 50 tahun ya?"

Ayahnya mengangguk dan tersenyum sambil memandang pusara ibunya.

"Hmm, bererti nenek sudah meninggal 45 tahun ya, Yah?" Kata Yani sambil lagak matanya mengira dan jarinya menghitung.

"Ya, nenekmu sudah di dalam kubur selama 45 tahun sayang... "

Yani menoleh kepalanya dan memandang sekelilingnya. Banyak pusara di sana . Di samping pusara neneknya terdapat pusara tua yang sudah berlumut.

Muhammad Zaini 19-02-1882 : 31-01-1910

"Hmm.. Kalau yang itu sudah meninggal 100 tahun yang lalu ya Yah?", jarinya menunjuk nisan bersebelahan pusara neneknya itu.

Sekali lagi ayahnya mengangguk dan tangannya mengusap kepala anak tunggalnya itu.

"Ya nak. Benar katamu sayang. Mengapa?" tanya si ayah sambil menatap mata anaknya yang redup.

"Hmmm, semalam ayah beritahu jika kita meninggal dan banyak dosa. Kita akan diseksa di kubur. Iya kan yah?" kata Yani sambil meminta persetujuan ayahnya.

Ayahnya tersenyum dan menggangguk.

"Benar, lalu?" tanya si ayah meminta penerangan si anak.

"Iya... Kalau nenek banyak dosanya, bererti nenek sudah diseksa 45 tahun di kubur ya ayah? Kalau nenek banyak pahalanya, bererti sudah 45 tahun nenek bahagia dikubur. Betul tak ayah?"mata Yani bersinar ingin tahu.

Ayahnya tersenyum, namun sekilas menampakkan keningnya yang berkerut dan perasaannya yang cemas.

"Iya nak, kamu pintar sayang," kata ayahnya pendek.

Pulang dari tanah perkuburan, ayah Yani kelihatan gelisah di atas sejadahnya. Dia memikirkan perkara yang telah diperkatakan oleh anak kesayangannya tadi.

"... 45 tahun hingga sekarang... kalau kiamat datang 100 tahun lagi...145 tahun diseksa .. atau bahagia dikubur?". Dia bermonolog sendirian.

Lalu dia tertunduk dan menitiskan air mata.

"Kalau dia meninggal dan banyak dosanya. Kiamat masih 1000 tahun lagi, bererti dia akan diseksa 1000 tahun?..'Innalillaahi WA inna ilaihi rooji'un'... "

Air matanya semakin banyak menitis, sanggupkah dia diseksa selama itu.

"Itu kalau benar kiamat lagi 1000 tahun tetapi kalau 2000 tahun lagi? Kalau 3000 tahun lagi? Selama itukah dia akan diseksa di kubur. Mampukah dia bertahan dengan tiap seksaan? padahal melihat adegan pukul di salah satu rancangan televisyen pun dia sudah tidak tahan untuk melihatnya?". Jiwanya penuh dengan monolog.

"Ya Allah..."


Dia semakin menunduk. Tangannya diangkat dan air matanya semakin membanjiri pipinya.

"Allahumma as aluka khusnul khootimah"


Berulang Kali di bacanya doa itu sehingga suaranya serak dan terhenti sejenak apabila terdengar batuk Yani. Dihampirinya anak kesayangannya yang sudah terlena dan membetulkan selimutnya.

Yani terus tertidur tanpa mengetahui betapa ayahnya amat berterima kasih kepadanya kerana telah menyedarkannya erti sebuah kehidupan dan kehidupan hakiki yang akan datang di hadapannya.

"Ya Allah, letakkanlah dunia ditanganku, jangan Kau letakkan dihatiku..."

sumber :www.pembina.com

Monday, January 4, 2010

Sayangnye ALLAH pada WANITA...


Kaum Feminis menyatakan susah jadi wanita ISLAM, lihat sahaja peraturan dibawah ini:

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki

2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila hendak keluar dari rumah

3. Wanita saksinya kurang berbading lelaki

4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki

5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak

6. Wanita wajib taat kpd suami tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri

8. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.


Pernahkah kita lihat sebaliknya (kenyataan)??? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik.

Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar terserak bukan???

Itulah bandingannya dengan seorang wanita perlu taat pada suami tetapi lelaki wajib taat pada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tek perlu diserahkan kepada suamiinya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk isterinya dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk ALlah du muka bumi ini, dab matinya jika kerana melahirkan anak adalah syahid..

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala wanita pula, tanggungjawab terhadapnya di tanggung oleh 4 orang lelaki ini: Suaminya, ayahnya, anak lelaki dan saudara lelaki.

Seorang wanita boleh memasuki pinti syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat saja:

1. Solat lima waktu

2. Puasa dibulan ramadhan

3. Taat pada suami

4. Menjaga kehormatannya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawab kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fi sabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH...demikian sayangnya Allah pada wanita:)



~JOM2 kte berSENAM!!~

Dalam kiraan 12345678

ikut la arahan betul2...


ni ala taichi sikit la...
sebagai intro dan warming up..



tiru la macam ni...
untuk melegakan bahu dan leher..



wa..wa.. aaa


gerak kekanan kemudian ke kiri..



gerak ke kiri kemudian ke kanan


ikut je ler... jangan terpusing kepala udah la..



tepuk kuat kuat kat dahi..
ni untuk hilang mengantuk..


dah tu buat gerakan tangan dan badan...
buat macam happy aje..



kemudian goyang2 kaki dan badan sikit...
buat macam takde masaalah...



buat secara aggresive pula...
jangan peduli apa orang lain kata..



hilangkan semua stress...


pusingkan kepala...



tengok muka kat cermin
sambil goyang2.. lawa tak...



akhir sekali
buat joget kucing...

kalau tak hilang juga
balik TIDO lg baek! haha..

*jgn tiru advice yg last nie k! jd budak baek:)


 
Copyright 2009 Wishing Star. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com