Pages

Saturday, January 22, 2011

Kamek sayang kitak!


Bumi Kenyalang. Damainya masih kurasa. Bagai memanggil2 untuk aku kembali ke sana. Subhanallah..


Duhai family angkatku. Bapak Hanapi, Mak Salni, Auni, Harit n Aufa. Nama2 yang tak akan pernah aku lupa dalam setiap butir doaku. Walau dah setahun berlalu...namun ikatan kasih sayang ini tak pernah luput dari ingatan anakanda.

Anakanda ingin menginjak di tanah yang sama, dan menghirup nafas pada udara yang sama dengan kalian semua. Uwaa...insyaAllah..suatu masa anakanda akan menyusul kembali ke sana. Moga kalian masih setia menunggu anakanda di seberang Laut China Selatan ini ye. Kamek sayang kitak!

Wednesday, January 19, 2011

Di mana HATI?


Pernah tak korang terpikir or tertanye dalam diri (ade ke istilah tue?hehe..) "Eh, di mana hati aku skrg ek?" or "eh, aku ni ada hati ke tak?" Haha..aku penah tertanye kat diri sendiri mane pegi hati aku time terputus cintan buta dulu2..hehehe..tapi kalo org yg sibuk bercinta, mesti akan kata "Owh, hatiku telah dicuri oleh si dia dot dot dot!" Tapi tue sebenarnya hiperbola n metafora semata-mata. Bayangkan kulit perut anda dirobek, kemudian hati anda yg sebesar tapak tangan itu direntap dan dibawa lari. Haha..itu baru betul hatimu telah dicuri!

Namun, HATI yang dimaksudkan bukanlah hati sebesar tapak tangan itu. Tetapi hati nurani yang dikurniakan oleh Pencipta alam ini kepada manusia bergelar khalifah bumi. Hati yang sering beralih arah tatkala diri alpa dan leka. Hati yang mesti sentiasa dibajai nur iman dan takwa agar tumbuh subur dan berkembang mekar pada hujungnya...

Sekarang, di mana HATI kita ek? Ish...kat mana nak cari nie..?? huhu..kalau cari dengan mata kasar memang takkan jumpe...

Last week sempat menonton ulangan halaqah bertajuk "Klinik Hati". Ayat yang paling aku ingat ialah penutup bicara oleh pengacara Ustaz Ahmad Shukri - dipetik dari kata-kata Imam Al-Ghazali

“Carilah hatimu di tiga tempat: Sewaktu bangun membaca al-Quran. JIka tidak kau temui, carilah ketika kamu mengerjakan solat. Jika tidak kau temui, carilah ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika tidak kau temui juga, maka berdoalah pada Allah, pinta hati yang baru. Kerana hakikatnya pada ketika itu, kau tidak mempunyai hati.”

* Jadi, marilah sama-sama kita mencari sekeping HATI..^_^

Sunday, January 9, 2011

Fight,fight,fight!

Andai PERJUANGAN ini MUDAH, pasti ramai menyertainya.

Andai perjuangan ini menjanjikan KESENANGAN, pasti ramai yang TERTARIK padanya.

Tapi hakikat perjuangan BUKAN BEGITU.

Turun naiknya, sakit pedihnya. umpama kemanisan yang tak terhingga.

andai REBAH, BANGKITLAH semula!

andai TERLUKA, INGATLAH janji-Nya!..

Thursday, January 6, 2011

Keroncong Hujan..beralun kembali~

6 Januari 2011 - 1 Safar 1432H, bersamaan hari Khamis.

Tarikh dan hari yang terasa barakahnya tatkala meniti hari ini bersama limpahan hujan rahmat yang turun sepanjang hari. Tarikh dan hari yang bakal menjadi permulaan hidupku sebagai postgraduate student di UM. Subhanallah..alhamdulillah..^_^

Sejak pagi diri ini sibuk menguruskan dokumen2 penting pendaftaran. Dari IPS, berjalan kaki naik bukit untuk ke bank membuat bayaran, kembali semula ke IPS dan akhirnya ke klinik kesihatan pelajar. Alhamdulillah..tepat waktu tengahari, semuanya settle:)

Alhamdulillah..mungkin berkat limpahan hujan rahmat hari nie. Mungkin juga berkat kalimah As- Sabuur yang sering meniti di bibir sepanjang pendaftaran. Betul, yang baik itu semuanya daripada Allah^_^

Fatonah, kamu sudah bergelar budak master kini! Mesti berusaha..kerana Allah! Berusaha3x!^_^

Tibe2 teringat lagu keroncong nyanyian Adibah Noor..huhu..lagu feveret tatkala hujan. Keroncong hujan beralun kembali!!:D

Keroncong Hujan

Mega mendung di angkasa
Hembusan bayu dingin terasa
gerimis berderai di merata
bagai mutiara

Rahmat dibawa bersama
Limpahannya meresap dijiwa
adakala bahgia terasa
meskipun duka nestapa
http://www.free-lyrics.org

Tika hujan turun
sayup mendayu lagu keroncong
merdu irama dialun
bersenandung

Hujan membasahi bumi
melahirkan keluhuran budi
mengerat perpaduan suci
kasih sayang abadi

Wednesday, January 5, 2011

Reunion GeNg SkOLa G29 '11

Alhamdulillah..reunion GeNg SkOLa G29 buat pertama kalinya telah berjaya diadakan. Nama pun pertemuan bersejarah, Melaka telah menjadi lokasi terbaik sebagai tempat yang penuh sejarah untuk kami~ ^_^

GeNg SkOLa G29 @ budak2 dorm G29 adalah budak2 dorm aku tyme skola kat MRSM-YT Besut dulu..12 org semuanye..huhu..dah 6 tahun x jumpe after SPM dulu kan. rindunyeeee!

Reunion kali nie kitorang hanya berlima- aku,alifah,intan,ejea n amy. haha..baru perasan, cam pertemuan pendekar silat lagenda lak. hahaha.. boleh la letak gelaran 'hang' kat kami ber'5'. hehe:D

Reunion yg berlangsung 2 hari 1 malam nie byk menggamit memori indah kami bersama. Siap masak bbq same2 kat tepi pantai Puteri, n mulut nie x berenti bercakap n ketawa dgn telatah masing2. Sampai ke subuh dibuatnye! Pagi esoknye lak g jalan2 kat bandar hilir, naik river cruise kat Taman Rempah, melawat muzium samudera n menara Taming Sari, n sempat gak bersolat jamak kat Masjid Selat. Subhanallah..sgt best!

Update terkini :

Aku - bakal bergelar budak master engine esok @ RA kat UM
Alifah - student 3rd year medic kt manipal medical college Melaka
Intan - student final QS kat Uitm Shah Alam
Ejea - bekas tutor sementara @ final student for master in math UTM
Amy - graduate student Uitm Shah Alam in Physic Industry n bakal bertunang x lama lagi. hehehe..congratz!

huhu..semoga bertemu kembali dalam reunion GeNg SkOLa G29 2012 plak, insyaAllah!^_^

Pic kitorang tyme skola n tyme reunion. Try compare..ade beza x?hehehe..

Sunday, December 26, 2010

Pergolakan hidup 2010..?!

Subhanallah...
Alhamdulillah...
Allahuakbar...

Segala pujian hanya untuk Allah..yg mentadbir seluruh alam ini..tanpa sedikit cacat dan cela dalam setiap penciptaanNya..Subhanallah!

Bila mengimbau kembali setiap saat liku hidup sepanjang 2010 ini, setiap detik itu juga semakin bibir ini memuji kebesaran Allah..terlalu banyak ujian dan dugaan, serta hikmah yang mula terbongkar di sebalik setiap musibah..Subhanallah!

2010..menggamit 10 peristiwa pahit manis yg paling terkesan dalam diri..huhu..semoga semakin tabah FATONAH!!! :)

1. Mula mengenal cinta manusia yang palsu
2. Mula merasai kekosongan saat berjauhan dengan Allah
3. Mula menikmati saat2 bergelar graduan ijazah pertama. Alhamdulillah^_^
4. Mula merasai racun cinta manusia yang penuh kepalsuan itu
5. Kembali bertekad untuk mencari cinta Allah yg satu. InsyaAllah!
6. Mula merasai nikmat cinta kerana Allah (bingkisan terindah dalam hidup- ibarat cinta Sang Ratu kepada Laksamana Sunan^_^)*
7. Mula belajar erti kehilangan yang fana, yg kekal itu Allah..
8. Mula hidup kembali sebagai student yg sentiasa dahagakan ilmu
9. Mula melebarkan network agar dapat berkongsi kasih sayang Allah bersama mereka :)
10. Mula beradaptasi dengan akal dan jiwa yg semakin matang insyaAllah :)

* Buat bingkisan terindahku, semoga dirinya sentiasa bahagia dalam redha Allah, walau dimana jua berada. Amin~

Saturday, August 7, 2010

Kisahku di kedai kain..

Alhamdulillah..akhirnye ade gak kesempatan untuk aku menulis entri ari ni.

Tetibe teringin benar nak menceritakan kembali secebis epilog hidup ini sepanjang dua bulan menjadi kerani a.k.a cashier a.k.a promoter di sebuah kedai kain..sungguh terkesan sampai ke hati.

Dua bulan yg lalu, setelah menolak tawaran sbg metallugist kat seberang prai (bab nie mmg kne marah gler ngan kengkwn aku.padan muka!), aku pun bekerja sambilan sbg kerani kat kedai kain. Time tu x terpikir pun aku akan wat keje lain selain dok tolong2 kat ofis. Dgn gaji RM3.50 sejam, aku terima je la. Name pun nk cari pengalaman..

Bos aku orang melayu keturunan Pakistan. eh, kire melayu k? hm..biarlah. Baru dua tiga hari keje, aku mula merasakan sesuatu yg x kne dgn environment kedai kain tu. Satu hari, datang sorang perempuan pakistan, marah2 salah sorang promoter kat ctu. Then, baru aku tau tu mak bos aku. Tanpa disangka-sangka, promoter tu terus berenti, n blah camtu je.

Dari kejadian tu, barulah aku tau dah ramai staff yg lari disebabkan sikap bos aku anak-beranak.
Time tu wat don know je . Name pun baru. Nak gak aku merasa cmne diorang marah aku lak. huhu..Kat ctu, aku mula rapat ngan akauntan n supervisor merangkap akak2 angkat aku.hehehe..Dengan sikap bos aku anak-beranak yg x reti jaga mulut, suka laga-lagakan staff sampai bergaduh, anggap staff cam kuli dan suke fitnah orang, menyebabkan kitorang makin rapat. Bukan nak burukkan mereka tapi aku pun dah kne gak tempiasnye. Sakit tol hati nie!

Sejak sebulan lepas, kami mula susun strategi. Semua pakat cari keje kat tempat lain. N aku yg part time nie mmg patut pun cari keje lain. Sabar, n terus mencari..

Hujung Julai, bos aku akan berangkat ke Jakarta untuk urusan bisnes. Namun berlaku penganiayaan terhadap kami sebagi staff di ctu. Gaji kami ditangguhkan tanpa notis. Hanya alasan bos x sempat nk bank in gaji. N akauntan disalahkan tanpa sebab yg munasabah! How dare him!!!! Aku mungkin x terasa sangat dgn penangguhan tu. Tapi camne ngan staff lain?? dah la basic 600 je. Ape diorang nk makan nnt?. Luluh hati ni dengar rintihan diorang.

Mungkin berkat doa kami yang teraniaya ni, kami dpt interview keje akhirnye. Aku sebagai engineer di syarikat tading, sorang kakak angkat aku sbg akauntan di oil n gas company, n sorang lagi bakal bukak kedai tailoring x lama lagi. Alhamdulillah.. Memang cantik pnye plan Allah susun untuk kami!

Kelmarin menjadi hari terakhir aku kat kedai kain tu. Kakak2 angkat aku dah berenti mengejut tanpa tunggu kepulangan bos aku dari Jakarta. Ofis memang sunyi. Aku sorang je yg terus menaip menyiapkan keje2 yg tersisa. Kat showroom lak lengang..spt pelanggan2 tau je tsunami dah melanda kedai kain tu. Bayangkan ofis x de orang nk manage, kedai x de orang nk supervise.. memang haru. Melihat bos dah kelam kabut, merah padam mukanya menahan marah. Tapi apekan daya, nilah balasan aniaya orang bawahan. Aku kesian sebenarnye..tapi rasa tu hilang terus bila kenang ape yg telah berlaku sepanjang aku keje dgn mereka. Semoga dgn ketiadaan kami, bos aku sedar dgn kekhilafannye, serta dapat hidayah dan petunjuk dari Allah untuk berubah menjadi lebih baik. Insyaallah..

 
Copyright 2009 Wishing Star. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com